Saturday 2 June 2018

Tips jaga wajah dengan betul

Hi guys! lama tak muncul dekat blog hahaha . Okay today Noran nak share some tips untuk penjagaan wajah. As we know wajah kita mencerminkan diri kita. Agree? Wajah kita perlu kelihatan bersih dan berseri barulah ada confident untuk tampil ceria sepanjang hari right ? 


1) Minum teh hijau . 
Noran suggest dekat korang untuk minum teh hijau satu atau dua kali sehari seab teh hijau boleh buat kulit kita bebas dari jerawat. Ianya kerana teh hijau merupakan antioksidan yang sangat bagus
 

2) Pencuci muka
Korang mesti ingat kerap cuci muka boleh buat muka kita lebih bersih lebih flawless kan kan ? Noran rasa korang dah boleh stop buat macamtu sebab kalau korang nak tahu tabiat mencuci muka dengan kerap boleh menyebabkan kulit terlalu kering hilang kelembapan dan kulit akan jadi senang berminyak . 


3) Face masks
Pengunaan face mask adalah sangat sangat menbantu untuk membuat kulit kelihatan segar. Selain itu face masks juga boleh menanggalkan sel-sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka jika tidak dibersihkan sepenuhnya. But guys! Noran nak pesan pilihlah face masks yang betul kalau boleh avoid beli face masks yang murah2 kat pasar malam tu sebab kita pun taktahu keberkesanan dia macamana. Noran suggest korang try face masks from The Face Shop or innisfree . Memang best gila and baru RM5 je sekeping, Or korang boleh beli masks dekat watson ke, But again kena pandai pilih. 
4) Masker Madu& Telur
For those yang taknak beli masks dekat kedai korang boleh try buat mask korang sendiri which is korang boleh apply telur/ madu dekat muka korang. Senang je , just sapukan telur/madu dekat muka selama 20-30minit then korang bilaskan dengan air masak. 

Masks Madu
Untuk masks madu korang boleh try campurkan dengan bedak sejuk. Masker madu  boleh membuat kulit muka kita tegang dan membuat liang roma mengecil.
Masker Telur
Korang boleh try guna masker telur dengan campuran timur yang telah dikisar. Telur tu just ambil putih telur je k. 


5) Toner
Toner ni sangat sesuai untuk orang yang mengalami masalah kulit berminyak. Toner ni adalah salah satu set penjagaan kulit selepas pencuci muka. Bagi yang mengalami masalah jerawat yang teruk juga digalakkan untuk try guna toner but awak awak kenalah pandai pilih toner yang bersesuaian dengan kulit masing-masing k. Antara toner terbaik yang Noran boleh suggest ( cosmoderm tea tree oil, Simple soothing facial toner, bio-essence gold-rose water, innisfree jeju volcanic pore toner, and if you guys nak yang organic punya korang boleh try Apple cider vinager "with The Mother" )


6) Banyakkan minum air masak 
Nak cantik tp malas minum air masak  jangan macamtu sisturs! Minum lah air masak banyak2 , air masak kita boleh dpt percuma je dkat rumah kita tak payah bayar pun. Awak awak tahu tak badan kita memerlukan air yang secukupnya untuk memberikan kelembapan pada kulit . Amalkan minum 2 ke 3 liter air masak setiap hari. 


7) Jangan sentuh muka !!! 
Tiap kali tengok cermin mesti pegang muka, tengah selfie pun pegang muka, tengok tv pun mesti nak kacau muka. Korang tahu tak tangan kita ni ada banyak bakteria? Malah handphone kita juga adalah salah satu penyumbang bakteria yang banyak. Bila ada banyak bakteria ,ia akan menyerap ke liang pori so timbul lah blackhead and whitehead yang banyak dekat pipi and hidung korang tu. "Eyuwwww" hahahaha 


8) Jangan biarkan peluh menyerap di muka kita 
If korang ni jenis yang kuat berpeluh, Noran suggest untuk korang bawa tuala kecil or tisu muka dekat mana-mana je yang korang pergi. Jangan biarkan peluh kering sendiri without korang lap. Sebab peluh ni banyak mengandungi kotoran so baik korang cuci sebelum kotoran2 tu semua menyerap ke dalam kulit. 


9) makeup remover
Korang korang korang yang kat luar sana yang setiap hari bermakeup , tak kisah lah even tepek foundation je ke or tepek compact powder je ke tolonglah pakai makeup remover, bersihkan makeup korang tu sebelum tidur . Jangan bergantung dekat pencuci muka je sebab belum tentu pencuci muka tu dapat tanggal makeup korang 100% . So pakai makeup remover, apa jenis makeup remover korang nak pakai , pakai la. Macam2 ada kat luar sana , Garnier la ,Nivea , kalau korang nak guna minyak zaitun as makeup remover pun boleh asalkan korang tanggal makeup korang tu before tidur, Dah pakai makeup remover jangan lupa cuci muka pulak. Ingat! 


10) Jangan picit jerawat
Mesti geram kan bila ada jerawat dekat muka? rasa macam useless je hidup . Guys guys noran nak pesan biar je jerawat tu berumahtangga dekat muka korang, tolong jangan sesekali korang picit jerawat tu. Kalau korang picit jerawat sebab tu la nanti ada tanda tanda parut jerawat dekat muka. Korang ingt lawa ke? tlg lah sabar sikit , biar jerawat tu kecut sendiri. Korang kalau nak jerawat tu kecut cepat korang letaklah patch untuk jerawat tu bagi die serap minyak dalam muka korang cepat2 so jerawat tu akan cepat kecut, but ingt JANGAN PICIT JERAWAT. 


So ni jelah tips yang Noran boleh share. Actually setiap jenis muka ada cara penjagaan yang tersendiri. Korang study la jenis kulit muka korang tu macamana , lepas tu korang search la apa yang korang boleh pkai and apa yang korang tak boleh pakai . Nanti if ada masa Noran nak share jenis-jenis pencuci muka , toner and moisturiser pulak . Kalau ada masa lah ,Noran harap tips2 yang Noran share ni dapat bagi manfaat pada korang. Adois! 

ok bye,tq singgah

No comments:

Post a Comment