About Me

                                                                  Assalamualaikum
Hye, especially for orang orang yg baru jejak blog Noran ni , or baru first time kenal Noran 
Memandangkan Noran baru berblog balik sebab dah lama tinggalkan blog ,and terpaksa buat account baru so Noran nak memperkenalkan diri. Cehh , macam firstday masuk sekolah. Nama sy Noran Naqiah Binti Nor Halim. Boleh panggil Noran , Nowan ,for those yg first time dgr nama aku depan depan tu akan confuse and akan sebut Norain la Nora la, so sukati korang la nak panggil apa

I'm a blogger since 20 March 2010 , hampir 8 tahun jugak  . tp tu lah blog lama aku takleh nak bukak dah sebab lupa email and password. fuhh stress mak  dulu seronok je berblogging tapi tulah disebabkan time aku main blog dlu zaman aku masih bergelar budak sekolah so banyak kali jugak la tinggalkan blog sebab nak focus PMR la SPM la, tu yg sampai lupa password apa semua. FOCUS lah sangat. hahaha main je lebih .Dulu ramai gak la makhluk yg suka visit blog aku sebab aku ni jenis yg suka bercerita, ada je benda yg aku nak share. hihihi


So kalau dulu aku start blogging masa umur aku 14tahun and now aku dah pun 21 tahun (belum official lagi) . Lama dah la kiranya aku hidup menaip ni .hahaha. OK, Aku anak kelahiran Melaka and sekarang menetap sementara di Kuala Lumpur sebab aku sambung pengajian dkt sebuah Kolej Universiti di Cheras. Sekarang ni aku sedang menjalani praktikal di sebuah kompleks kementerian kerajaan putrajaya utk menamatkan pengajian aku. Aku pelajar tahun akhir Diploma in Corporate Communication . Memang dah menjadi anggan2 aku utk sambung jurusan Masscomm dari sekolah lagi, tapi atas sebab tertentu aku tak dapat tawaran jurusan yg aku nak tu, but aku dapat tawaran dari Kolej yg aku belajar skrng ni , jurusan aku amik skrng ni lebih kurang je macam Masscomm , skop kerja dia nanti pun lebih kurang je. And to be honest, aku enjoy dengan apa yg aku tengah buat skrng ni. Yeaaa

Status Masih single mingle,takde teman istimewa. Cehhh .leceh la, umur 25 nanti kalau dtg jodoh terus je kawen . senang cerita.hahahaa. Aku ni seorang yang lasak. Well , kalau siapa kawan dengan aku dari sekolah dulu dieorang tahu kelasakan aku macamana, Kalau ada camping tu aku orang pertama yg nak letak nama , pastu masuk kawad , badminton , Unit beruniform pulak tiap tahun aku tukar, eh semua benda la aku try. Kat kolej pulak aku join silat , Askar wataniah .Aku suka jungle tracking,rock climbing,wall climbing .Haaa kalau korang nak ajak aku lepak bawak aku kt tempat2 macamtu. aku tak suka sgt kelua tgk tgk wayang makan shopping semua ni, buang masa dlm mall. aku tak suka, aku more prefer tempat yg aku boleh explore semua benda and buat aktiviti yg mengeluarkan peluh. 


Aku anak yg first dari 3 beradik , yg number 2  skrng form 3, dan yang last skrng darjah 4  Jarak jauh gila right? Disebabkan jarak jauh tu lah sampai sekarang aku still manja dengan mama papa , sebab aku takde abang kakak or adik2 yg umur dekat dekat so mama papa la tempat aku manja manja. hikhihkhik. Mama papa aku berharap yg aku boleh continuekan pelajaran aku sejauh yg mampu kalau boleh sampai PHD kalau ada atas lagi dari PHD tu pun dieorang suruh buat. I'll try my best selagi mampu.InsyaAllah 

BTW aku ni loner aku suka buat semua benda sorang sorang travel sorang ape semua, heee .ramai cakap aku ni sombong . errr bukan sombong la  macamana nak ckp ea, aku ni jenis yg pemalu and kalau orang yg baru aku jumpa tu aku takthu nak cakap apa, aku jadi blurr and orang straightly label aku ni "budak bosan" . so orang ckp 'ish taknak ah kawan dgn dia ni sombong je berat mulut' haaa gitu la. but aku ada gak la beberapa orang bestfriend yg always ada sepanjang pahit manis live aku Rara,Fara,Khairul,Naim,Anuar and yah thankyou coz support me .Sayang korang emm bebiu   .Muah ciked.

Rasanya tu jelah .Panjang sangat nanti korang bosan pulak, takpasal pasal korang kata budak ni dia buat blog ke buat script utk filem ni 


So korang kalau nak contact Noran boleh follow instagram Noran @Nora.naqiah , or add wechat Noran @Noranlicious . 

ok bye,tq singgah

No comments:

Post a Comment