Tuesday 14 February 2023

My experience at Little Ipoh Cafe




Holla holla, harini i nak share sikit pengalaman i makan dengan salah sebuah cafe dekat Pekan Ipoh! Serious cafe ni cantik sangat sangat. Café ni terletak betul2 bersebelahan BookXcess dekat pekan Ipoh. I pergi ni 2021, time tu travel trip with my besties. 


Bila dengan perkataan “Café” mesti orang ingat harga makanan dia mahal kan ? tak pun . Harga dia menepati kemampuan rakyat, jangan risau. Sebenarnya cafe ni jual juadah melayu. Dekat sini ada nasi hujan panas, nasi ayam, nasi lemak , roti kaya, roti goyang, roti titab, 



Menu hot dekat sini Roti Titab and Roti Goyang. korang wajib cuba Kopi susu Little Ipoh, kalau korang tak cuba korang rugi , sebab kesedapan dia another level. 


Café ni unik bukan pada harga & makanan sahaja , dekorasi dekat kedai ni pun menarik . Dieorang mengekalkan konsep bangunan lama kerana nak maintainkan keaslian tempat ni . Pernah experience tak makan dalam kedai yang dekat tengah-tengah korang ada terpacak pokok pokok tinggi ? kalau tak pernah sila lah dating ke Little Ipoh Cafe. Bila duduk dalam ni kita dapat rasa macam vibes vibes zaman 90’s dulu. 


Dekat belakang kedai tu dieorang ada buka pameran. I tak sure sama ada pameran or kedai runcit , ada macam-macam jajan zaman kanak-kanak  kita dulu dekat situ. Nostalgic sungguh . Kalau nak merasai keistimewaan kedai ni silalah ke Perak ye. 

Btw,  Little Ipoh Café dekat Pekan ni tutup buat sementara sebab dieorang nak expanding new image for café. Huhuuu tak sabar nak tengok  . Tapi kalau korang teringin nak dtg Little Ipoh café ni korang boleh pergi ke branch dieorang dekat Seri Iskandar. Selamat mencuba. 

ok bye,tq singgah