Saturday 12 June 2021

Pengalaman Cucuk Vaksin


Holla holla holla , so seperti tajuk diatas entri kali ini berkenaan Vaksin. Jadinya i nak tanya ni "Kamu dah vaksin ke belum?" , "Saya dah , 2 kali." jk jk jk. Okay Noran dah selesai mendapatkan kedua-dua dos vaksin bulan lepas. Di sini i nak ceritakan sedikit pengalaman semasa dan selepas vaksin tersebut. Btw Noran harap antara readers Noran ni takde yang antivax ye. 

Jenama vaksin yang Noran dapat ialah Sonivoac , Yes! Vaksin dari China tu, hahahaha tapi takpe la sama je vaksin juga namanya kan . Noran harap korang tak memilih dekat vaksin ni , fuction dia semua lebih kurang je. Semua2 vaksin function dia utk melindungi kita dari dijangkiti.  Jenama bukanlah satu issue, yang penting kita menjalankan tanggungjawab untuk ambil vaksin . Tu je. 

Jangan tnya kenapa Noran dapat vaksin awal dari orang lain. hahahaha. Skrng ni Noran bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, so untuk vaksin ni Noran berdaftar dgn staff2 KKM , jadinya sy dpt awal sikit. 

Masa First Dos haritu , termenung lama juga lah fikir.. nak ambil ke taknak eh vaksin ni. Bukan sebab Noran antivaxx taw, Cuma time tu Noran risau vaksin tu beri effect  alahan apa2 dekat Noran ke apa after ambil vaksin tu nanti. Sebab Noran ada alahan yang teruk. Macam2 jenis alahan ye saya ada. (Alahan seafood, ayam, telur, belacan , alahan habuk and Noran pernah hampir2 warded di sebabkan alahan dekat satu ubat ni  *dah lupa nama ubat tu*). So disebabkan alahan teruk tu Noran teragak-agak untuk ambil first dos haritu . Tapi gagahkan diri juga untuk pergi. 




So pusat vaksin Noran dekat Dewan Seroja Putrajaya. Process mengambil vaksin memang sangat smooth, terima kasih dekat pakcik-pakcik Rela & abang polis yang menjaga tempat tu tak lupa juga dekat sukarelawan MyVacc dieorang memang sangat membantu sepanjang kita kat sana. Dieorang mmg akan guide kita dari awal sampai kita keluar dari bilik pemantauan (bilik last after vaksin). 


First Stage: 

Kaunter pertama yang Noran kena pergi adalah kaunter pendaftaran. Dekat kaunter ni dia akan mintak IC kita dan di akan check nama kita dekat list name, mostly untuk yang dah confirmkan kehadiran dekat mySejahtera dieorang akan siapkan listname korang siap2 so after they check nama and IC korang , korang dibenarkan masuk utk saringan mySejahtera pulak. 

Second Stage:

Ok, sebelum masuk stage ni , abg-abg polis tu dah pesan on handphone bukak mySejahtera so takde la dekat depan kaunter nanti baru korang terkial2 nak bukak phone. So sampai je depan kaunter tu nanti , dekat mySejahtera korang, korang kena bukak part Vaksin tu , tekan dekat situ nanti ada satu link biru yang korang kena klink. so press that link and nanti automatically dieorang update kehadiran korang utk dos yang pertama. 

Third Stage:

Dekat next kaunter , staff2 ni nanti akan beri korang satu declaration form yang korang kena sign menandakan korang setuju untuk ambil vaksin dan dekat situ korang kena buat pengesahan yang korang takde penyakit seperti yg dieorang nyatakan dalam form tu . Aku tak ingt sgt penyakit apa ... nanti korang pergi vaksin tu nanti baca la betul2 ye. And dekat kaunter ni dieorang akan tanya korang beberapa soalan. Soalan paling famous "Cik/Puan tengah menyusu ke?" . So untuk girls yang dekat luar tu korang jangan lah marah kalau dapat soalan macamtu if korang belum kawin . Paham , ada je certain yg rasa tergugat dengan soalan ni. Jangan marah k. sebab tu memang tugas dieorang. sebab dari situ lah dieorang dapat tentukan vaksin mana yang or tak sesuai utk korang. Kalau salah suntik nanti kang korang marah pulak asal tak inform asal tak tanya. So sebab tu lah dieorang tanya. 

Fourth Stage:

Selesai sahaja part pendaftaran dan pengesahan kehadiran , korang akan diberi satu lanyard (nombor giliran untuk divaksin) . So korang kena tunggu sebelum masuk untuk dgr sesi consultation dari Doktor. Masa tiba giliran korang, korang akan ada sesi 1 to 1 dengan Doktor dekat sini Doktor akan tanya sejarah kesihatan korang. Korang sebut je segala jenis penyakit yg korang ada . Jangan malu jangan segan , jangan malas2 okay. Macam Noran cakap tadi dari situ lah Doktor nak detect sama ada vaksin tu sesuai ke tidak dengan korang. klau boleh jangan menipu okay!




Fifth Stage:

Dekat sini saya dah mula seram sejuk . Al-maklumlah sebab takut jarum kan . HAHAHA , selesai je orang depan saya punya turn . Saya pun kena panggil dengan Matron yang jaga kaunter vaksin tu. Alhamdulillah saya dapat Matron yang baik sangat-sangat baik hati. Lembut je cara dicakap tu so sejuk lah hati sikit dan hilang rasa takut. Dia suruh tenang dan jangan keraskan badan. Kalau kita keraskan badan susah jarum tu nak cucuk kita nanti. So jangan buat perangai taw, kita mudahkan kerja orang nanti urusan kita pun mudah ! And done.. tak sampai berapa saat pun semuanya selesai. Done for first dos. ahahhaahha. Pastu nanti Matron tu akan sign korang punya form and kad vaksin and korang kena pergi dekat last kaunter.





Six Stage:
Dekat Kaunter ni lagi sekali korang kena standby mySejahtera sebab korang kena scan ada satu barcode ni untuk menandakan korang dah selamat terima vaksin. And dekat ini korang kena submit borang yang Matron tu sign tadi dan korang akan dapat tarikh for 2nd dos nanti. Selesai semua urusan dieorang akan suruh korang pergi ke bilik pemantauan. 

Last Stage: (Bilik Pemantauan)
Dekat bilik pemantauan ni korang kena duduk lebih kurang 15-30 minit tujuannya adalah untuk tengok reaction vaksin tu pada badan korang. Kadang-kadang siapa yang ada alahan teruk tu memang akan alami kesan awal so itulah function korang kena duduk dekat bilik pemantauan tu , so kalau ada alami apa2 kesan korang boleh straightly bgthu dekat volunteer yang jaga tu. Biasanya dekat sana dieorang dah sediakan team paramedic , and ambulance semua dah standby incase kalau apa-apa jadi memang dieorang terus hantar ke hospital. Btw dekat bilik pemantauan ni nanti akan ada satu staff yang suruh buka mySejahtera dan update bahagian vaksin tu . Korang kena click satu link baru , buat pengesahan dan nanti korang akan dpt sijil vaksin pertama. SO TAHNIAHHHH !!! . Hheehe . So dari situ rasa takut pun dah hilang sikit. Oh ya, kalau korang dah balik dan ada apa2 kesan sampingan yang korang tak boleh kawal, korang boleh report dalam mySejahtera terus ye nanti pegawai tu akan take note dan ambulance straight datang rumah korang utk bawa ke hospital. dieorang mmg utamakan pesakit2 macamni so jgn risau jgn bimbang jgn ragu2. 





Pengalaman selepas vaksin: 
Alhamdulillah saya tak mengalami apa-apa reaction yang pelik. Cuma masa vaksin 1st dos dulu selalu rasa letih , badan rasa lesu tak bermaya je. Dalam 2 minggu juga la effect tu. Tapi Alhamdulillah takde rasa yang teruk-teruk . Now saya dah ok sepenuhnya. Masa 2nd dos tu effect letih tu dah takde cuma sana kena allergic reaction sikit. Gatal satu badan dan hidung. and sekarang ni kalau makan makanan yang saya allergic straightly saya kena reaction. tapi masih boleh kawal lagi lah. Apa-apa pun vaksin ni memberi pekembangan yang baik kepada saya. So far ahli keluarga saya dah ramai yang dah dpt vaksin , mama makcik , pakcik , nenek. Semua sihat sihat saja. InsyaAllah kalau kita ada usaha untuk lindungi diri kita Allah pun akan lindungi kita. So jum lah sama2 kita daftar dan ambil vaksin yeee. Caiyokkk.



ok bye,tq singgah

No comments:

Post a Comment